29 August, 2009

MATI: AKHIR KEHIDUPAN ATAU PERMULAAN PERJALANAN

AKU INGIN HIDUP SELAMANYA

Firman Allah swt bermaksud:”Setiap yang bernyawa itu pasti akan
merasakan mati.” (Surah Ali Imran, ayat 185).


ORANG ISLAM BOLEH JADI KAYA KE?

Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Berbahagialah hidup di dunia
bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya,
sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di
dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang
daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk
memperoleh redha Tuhannya.” (Hadis riwayat al-Hakim).


AKU NI CERDIK ATAU DOT DOT?

Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Orang yang sempurna akalnya
(yakni cerdik dan pintar) ialah orang yang suka memeriksa dirinya
sendiri, di samping banyak beramal sebagai bekalan untuk
menghadapi selepas matinya. Ada pun orang yang lemah (yakni yang
bodoh) pula ialah orang yang selalu mengikut runtunan hawa
nafsunya dan berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa
beramal).”(Hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah)


AZAB KUBUR: BOLEH PERCAYA KE?

Rasulullah saw bersabda maksudnya:“Kubur adalah tempat pertama
menuju akhirat, kalau seseorang itu sudah lepas dalam persoalan
kubur, maka ujian selepasnya akan menjadi lebih ringan, tetapi
kalau belum lepas, maka yang sesudahnya akan menjadi lebih hebat/
dahsyat lagi." (Hadis riwayat at-Tirmizi).


TENGOK ORANG MATI SENANG JE?

Rasulullah saw bersabda bermaksud:“Sesungguhnya mati itu adalah
amat pedih seumpama ditetak dengan pedang beberapa kali atau
digergaji atau digunting dengan beberapa kali guntingan.”
(Hadis riwayat Abu Na'im).


AKU KAYA, AKU PANDAI, AKU SIHAT SEBAB AKU USAHA SENDIRI.

Sabda Baginda saw bermaksud:“Pergunakan (rebutlah) lima keadaan
sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu
sebelum keadaan tuamu, keadaan sihatmu sebelum datang keadaan
sakitmu, keadaan ketika engkau kaya sebelum datang keadaan
engkau miskin, keadaan ketika engkau lapang sebelum datang waktu
sibuk, dan keadaan semasa engkau masih hidup sebelum datang
kematianmu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).


Pengajaran daripada maksud hadith:

1. Mengingati mati bukan untuk menakutkan manusia atau melenyapkan
kebahagiaan dan keseronokan hidup di dunia.

2. Islam mengajarkan agar manusia banyak mengingati mati, dengan
harapan ia menjadi pendorong untuk aktif melakukan perkara
kebajikan dan amal salih.

3. Oleh kerana kematian itu sesuatu yang pasti menemui seseorang
dan tidak pula diketahui bila saatnya, maka orang yang selalu
ingat mati pasti akan sentiasa bersiap sedia dengan tekun dan
terus memperhebatkan usaha melakukan amal salih.

4. Amalan buruk dan baik akan menjadi penilaian Allah pada hari
akhirat kelak. Inilah sebenarnya sifat orang yang cerdik menurut
Islam

5. Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata : “Sesiapa yang
memasuki kubur (alam barzakh) tanpa bekalan (berupa amal salih),
seolah-olah dia belayar di lautan tanpa kapal atau sampan.”

6. Segala kelebihan berupa pangkat, harta, kesombongan,darjat
dan kekuasaan hanya mengiringi seseorang ke liang lahad. Bekalan
sebenar hanya berupa amalan baik yang selama ini kita usahakan.

7. Walau sehebat manapun kedudukan seseorang, kematian
adalah perkara yang pasti akan ditempuhinya.

8. Sememangnya dunia ini tempat untuk beramal, maka
manfaatkanlah masa hidup yang Allah kurniakan untuk berbuat
kebajikan sebanyak-banyaknya.

9. Ingatlah bahawa saat kematian itu amat pedih dan mengerikan,
justeru kita perlu memanfaatkan usia yang masih ada untuk
beramal salih.

Sekian, Wallahu a’lam.

“kemudian Kami datangkan kepada kamu syariat (peraturan) dalam
urusan (agama) itu,maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu
ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.الجاثية: 18

27 August, 2009

26 August, 2009

Ramadhan Kareem..Allahu Akram

Puasa itu asasnya mujahadah

Intipati puasa itu adalah mujahadah. Maksud mujahadah ini adalah
mujahadah melawan nafsu. Kerana sifat nafsu itu sendiri sangat
mengajak kepada kejahatan. Nafsu itulah yang telah merosakkan
fitrah manusia. Fitrah itu asalnya bersih, mahu kepada Tuhan.
Fitrah itu asalnya kenal Tuhan. Tetapi malangnya, nafsu datang
merosakkan fitrah. Nafsu ini adalah ibarat orang jahat dalam
rumah. Rumah yang asalnya tenang dan bahagia, dikucar-kacirkan.
Selagi tak selesaikan orang jahat ini, selagi itulah ahli
keluarga rumah akan dipengaruhinya. Selagi itulah rumah jadi
porak-peranda. Kalau kita tak buat apa-apa, bermakna setiap
waktulah kita biarkan orang jahat itu di rumah kita. Cuba
bayangkan. Dia duduk situ. Makan situ. Tidur situ. Kita biarkan
dia bermaharajalela membuat jahat sesuka hatinya di dalam rumah.

Jadi berbalik kepada fitrah tadi, fitrah yang awalnya bersih
jadi kotor. Fitrah yang awalnya baik jadi jahat. Fitrah yang
asalnya mahu kepada Tuhan, sudah tidak mahu. Disebabkan
pengaruh nafsu, fitrah sudah melawan kehendak Tuhan.
Yang Tuhan larang, itulah kesukaannya. Itulah yang ingin
dilakukannya. Itulah keseronokannya. Yang Tuhan suruh,
tak pula mahu dibuat. Kalau nak buat pun, secara terpaksa sahaja.

Kalau kita biarkan sahaja, tak buat apa-apa, nafsulah yang
berperanan dalam diri kita. Akibatnya, rosaklah fitrah
kita terus-terusan. Allah tak izinkan ia berlaku begitu.
Walaupun kita tak berbuat apa-apa, Tuhan dengan rahmat,
kasih sayangNya, mahukan hamba itu kembali kepadaNya.
Jadi, Tuhan datangkan 1 bulan Ramadhan untuk kita lalui
selepas 11 bulan fitrah kita dirosakkan oleh nafsu. Moga-moga
dalam 1 bulan ini, fitrah kita dapat di “overhaul”.

Proses overhaul ini tidak akan dapat berlaku tanpa mujahadah.
Itulah asasnya. Kena mujahadah dalam bulan Ramadhan agar proses
itu berjaya. Maksud mujahadah itu sendiri kena difahami.
Ia bermaksud mengumpulkan segala kekuatan yang ada pada kita,
lahir dan batin untuk membuat perkara yang disuruh Tuhan, dalam
keadaan nafsu tidak sukakannya. Dan meninggalkan perkara yang
dilarang Tuhan dalam keadaan nafsu berkehendak melakukannya.
Mujahadah itu tidak semudah yang disangkakan. Ia memang perit
dan sakit jika dilakukan. Maklum sahajalah, nafsu jahat yang
sudah mendarah mendaging dalam kehidupan hendak dipulihkan.

Sebenarnya, nafsu dan fitrah ini saling kait-mengait. Kalau nafsu
berperanan, fitrah lemah. Kalau fitrah berperanan, nafsu pula yang
lemah. Tidak boleh kedua-duanya berperanan sekali. Mesti salah satu
sahaja. Jadi, bila fitrah sudah di”overhaul” dan menjadi baik, maka
nafsu otomatik akan menjadi lemah. Nafsu akan turut terdidik dan
ikut kata fitrah. Di waktu itu, fitrah yang berperanan dalam diri.
Fitrah kembali menjadi seperti asalnya. Inilah natijah puasa iaitu
mengembalikan fitrah kepada watak semulajadinya yang mahukan Tuhan
dan berbuat untuk Tuhan. Namun, ia hanya akan berlaku bilamana puasa
itu didalamnya ada mujahadah melawan nafsu.

Sekian.

19 August, 2009

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan
yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk
menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan
isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah
tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar
jawapan salam daripada isterinya..Disaat itu syaitan
akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm
lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada
masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia
ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli
rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan
dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan
orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum
keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000
Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan
dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir
sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan
rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika
dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...."

Wassalam,

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

16 August, 2009

Pedang Baginda Rasul S.A.W dan sahabat..









ADAKAH ANDA GOLONGAN YANG DERHAKA KEPADA ALLAH

APAKAH PERASAAN ANDA APABILA ANDA MEMANGGIL ANAK @ ISTERI @ PEKERJA ANDA ?

TETAPI MEREKA BUAT TIDAK DENGAR DAN CUMA DATANG KEPADA
ANDA SELEPAS 1 @ 2 JAM SELEPAS ANDA PANGGIL DENGAN BERKATA:
“ADA APA AYAH @ ABANG @ BOS ?. TADI AYAH @ ABANG @ BOS
PANGGIL SAYA KAN ?”

- Sediakan jawapan anda terlebih dahulu sebelum pergi ke petikan seterusnya….

• Mungkin anda akan lempang anak/isteri anda atau pecat pekerja anda.
Di dalam kepala anda, anak/isteri/pekerja derhaka tak guna di simpan.
Sesia aku bela/jaga atau beri gaji selama ni.

Mungkin anda ada definasi lain yang lebih baik atau lebih buruk.

Soalannya : setakat apakah yang anda telah berikan kepada
anak/isteri/pekerja anda ? Makan ? Minum ? Rumah ? Wang ?

• Lihatlah fakta ini dan renungilah kebenarannya…semoga kita
sama-sama beroleh manfaat daripadanya.

Allah memanggil kita 5 kali sehari semalam melalui muazzin(Azan waktu).

• Adakah kita pergi menyahut seruan Allah itu atau kita sibuk dengan
urusan kita dengan alasan waktu solat masih panjang lagi, ada
mesyuarat dan lain-lain alasan lagi.

• Ingatlah Allah memberikan kita semuanya. Dari jari, tangan, kaki,
mata, kepala dan segala galanya yang ada ditubuh kita. Tak pernah
minta di bayar.
Rasa rasa kalau Allah minta bayar sewa tangan atau mata camna ??

• Allah Cuma minta kita syukur kepadaNya dan taat apa yang disuruhNya
seperti yang tercatit di dalam al-Quran.

• Datang Solat berjemaah setiap waktu apabila di panggil oleh
Raja sekalian Alam.

• Gunakan hukum Allah sepenuhnya di dalam kehidupan ini dan
lain-lain lagi.

• Kalau “anak/isteri/pekerja” kita panggil tak guna/derhaka kerana
ingkar bila dipanggil mengadap kita ….apakah pula status kita
disisi Allah bila dipanggil (AZAN) tapi kita buat pekak / bodoh

• KITA DATANG SOLAT 1 @ 2 JAM KEMUDIAN SEDANGKAN
ALLAH NAK KITA SOLAT JEMAAH (INGAT DIA) LEPAS
SAJA AZAN HABIS.

• BUKANKAH ITU MAKNANYA KITA TERAMAT DERHAKA
KEPADA ALLAH SEPANJANG HARI. SUBHANALLAH…
INGATLAH semua yang ada didalam diri kita ini
kita pinjam daripada Allah taala tanpa bayaran sesenpun.

13 August, 2009

SIAPAKAH ANDA SEBENARNYA????

1) Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

2) Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi
wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi
Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

3) Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang
sementara ini.

4) Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk- numpukkan harta.

5) Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat
dan amal-amal kebaikan.

6) Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.

7) Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana
kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

8) Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu
kuburnya menghimpitnya.

9) Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal
sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

10) Siapakah orang yang bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiar
artikel ini begitu sahaja, malah dia akan
menyampaikan pula pada orang lain. Maksudnya, dia
menyampaikan sebarang ilmu dan maklumat berguna yang
diperolehinya kepada orang lain.

Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

11 August, 2009

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi ebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "

Doa memohon Allah menjauhkan diri dari jangkitan selesema babi (H1N1)

Doa memohon Allah menjauhkan diri dari jangkitan selesema babi (H1N1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَللّهُمَّ رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَ كُلِّ شَيْءٍ
وَخَالِقَ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنْتَ خَلَقْتَ إِنْفُلَوَنْزَا الْخَنَازِيْر
فَلَا تُسَلِّطْهُ عَلَيَّ بِأَذَى وَلَا تُسَلِّطْنِي عَلَيْهِ بقَطْعٍ وَاشْفِنِي شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقْمًا
بِسْمِ اللهِ اْلكَبِيْرِ أَعُوْذُ بِاللهِ اْلعَظِيْمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعَّارٍ
وَمِنْ شَرِّ إِنْفُلَوَنْزَا اْلخَنَازِيْر


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, Tuhan dan Pemilik segala sesuatu,
Pencipta segala-galanya, Engkaulah Pencipta diriku,
dan Engkau Pencipta penyakit selesema babi,
oleh itu janganlah biarkan penyakit itu menyiksa dan membelah diriku
jauhkanlah aku daripadanya
dan kekalkanlah kesihatan diriku selama yang boleh.
Dengan nama Allah yang Maha Besar,
aku berlindung kepada Allah yang Agong
dari segala bentuk seliuh urat yang membengkak (demam)
dan penyakit selesema babi

07 August, 2009

Keluasan Neraka Yang Amat Dahsyat

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia
merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota
kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari
kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. "

04 August, 2009

Jangan.....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.



Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.



Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.



Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.



Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.



Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.



Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.



Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.



Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.



Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.



Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.



ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

03 August, 2009

ANNAKKU..

Pesanan al-Qamah kepada anaknya,

ANAKKU,
jika kamu berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang,
maka pilihlah yang mempunyai sifat ini,
iaitu jika engkau melayaninya, ia suka melindungimu,
jika engkau menjadi sahabatnya, dia akan menjadi hiasan bagi dirimu
dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah,
dia akan mencukupkan keperluanmu.

PLILIHLAH sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
lalu dia memberi dengan rasa terharu,
jika dia melihat kebaikan yang timbul dari dirimu,
dia suka menghitung-hitungnya dan dianggapnya sangat berguna,
sementara jika dia mengetahui keburukan dalam dirimu lalu dia
menutupnya.

PILIHLAH sahabat yang jika engkau minta sesuatu daripadanya,
dia pasti memberi,
jika engkau diam, dia mula menyapa dahulu
dan jika ada kesukaran dan kesedihan menimpa dirimu,
dia pasti membantu, meringankan serta menghiburkan.

'SEMOGA BERTEMU SAHABAT SEJATI'

Sekilas....

Borak Siber