11 May, 2010

GURU O GURU



BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

03 May, 2010

ADAB MENDENGAR AZAN

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud : 'Hendaklah Kamu
mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan
lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai
orang beragama Islam kita wajib menghormati azan -
Banyak fadhilatnya.

Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan
diamkan diri, mengapa ketika azan Kita tidak boleh
mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba
maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah.
.' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini
ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini
tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut
menghampiri kami..
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sekilas....

Borak Siber