28 July, 2009

K'jaan Akan Naik Taraf Guru j-QAF

July 17, 2009 22:31 PM

K'jaan Akan Naik Taraf Guru j-QAF

KUANTAN, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menaikkan taraf guru-guru agama daripada lepasan peringkat diploma ke peringkat ijazah dalam usaha untuk memperluaskan pengajaran Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF) ke peringkat sekolah-sekolah menengah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata usaha memperluaskan pengajaran berkenaan ke peringkat menengah itu adalah bagi memantapkan lagi penguasaan bidang ilmu itu di kalangan para pelajar.

"Sejak program J-QAF diperkenalkan pada tahun 2005, kita lihat murid-murid peringkat rendah telah dapat menguasai asas jawi dan fardhu ain dengan baik.

"Jadi kita akan mempertimbangkan masa yang sesuai untuk memperluaskan J-QAF ke sekolah menengah," katanya kepada pemberita selepas menutup Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran peringkat kebangsaan di sini, Jumaat.

Beliau berkata masalah utama dalam usaha meluaskan program J-QAF ke sekolah menengah ketika ini adalah disebabkan kekurangan guru.

"Sehingga kini hanya sebanyak 4,723 sekolah rendah mempunyai program J-QAF dan kementerian mensasarkan sebanyak 6,314 sekolah rendah akan terlibat dengan program J-QAF menjelang tahun 2010.

"Pada masa sama, kementerian akan menaik taraf guru-guru lepasan diploma dalam bidang agama ke peringkat ijazah sebagai syarat utama untuk menjadi guru J-QAF," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai insiden berhubung rakaman aksi pergaduhan pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Dungun, Terengganu seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, Mohd Puad berkata kementerian memandang serius kejadian tersebut kerana pelajar perempuan terbabit bukan sahaja bergaduh malah menyebarkan rakaman aksi itu di internet.

"Saya sendiri terkejut dengan perlakuan pelajar berkenaan kerana di sekolah, peraturannya ialah setiap pelajar tidak dibenarkan membawa alat telekomunikasi seperti telefon bimbit dan kita harap sekolah akan dapat pastikan pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah," katanya.



-- BERNAMA

27 July, 2009

Seandainya Rasulullah mengetuk pintu rumah kita.

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah,
tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih dimuka
pintu rumah kita.. Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat,
dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar
Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Tapi barangkali Kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu
sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD Rated
18xxx yang ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa
memindahkan dahulu CD tersebut ke dalam.
Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita separuh
telanjang yang kita gantung diruang tamu kita, sehingga kita
terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..
Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad
yang ada di ruang samping dan meletakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap dirumah kita?
Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu-lagu
barat daripada menghafal selawat kepada Nabi.
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui
sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita lupa dan lalai
mengajari anak-anak kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi malu bahawa anak-anak kita tidak
mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan
sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota
Power Rangers atau Penyu Ninja.
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi
menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa perempuan dirumah kita
tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan
dengan Rasulullah SAW.
Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita..
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita..
Kemanakah kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut
demi menghormati junjungan kita?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa
kita tidak ke masjid meskipun azan berbunyi.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib,
keluarga kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi
malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita
untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak
pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu
kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran.
Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal
tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan
kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat
di depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang
nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita.
Betapa senyum beliau masih ada di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan
rumah kita...Apa yang akan kita lakukan? Masihkan kita memeluk
junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap
di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak
baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat
kita kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....
Masihkah beliau tersenyum.....?
Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....
Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata
Rasulullah.....

Allahu

26 July, 2009

Keagungan Allah


Renungkanlah, disaat umat Islam China ( Etnik Han) ditindas dan dibunuh, Allah yang telah lama membuktikan kebesarannya kini menzahirkan lagi keagungannya di bumi bertuah tersebut. Gambar gerhana matahari ini dikeluarkan oleh China's Xinhua News Agency.

Gambar menunjukkan fenomena gerhana separuh ( kelihatan seperti bulan sabit) di puncak kubah sebuah Masjid di Yinchuan, ibu kota Wawasan Autonomi Ningxia Hui, China.

Takbir.. takbir.. takbir..

In this photo released by China's Xinhua News Agency, the minaret of a mosque is silhouetted against the solar eclipse in Yinchuan, capital of northwest China's Ningxia Hui Autonomous Region, at 8:43 a.m. on Wednesday, July 22, 2009. Scientists, students and nature enthusiasts gathered in open spaces in parts of India Wednesday to watch the longest total solar eclipse of the 21st century, although heavy cloud cover and overnight rains threatened to spoil the party. (AP Photo/Xinhua, Wang Peng)

Kemanisan Islam

Salam

Pelancaran Blog J-qaf Sekolah Kebangsaan Jitra

Sekilas....

Borak Siber